CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sabtu, 20 Disember 2008

Virus FS?

haish.. Akhir2 ni tak habis2 orang cter pasal 'virus friendster'.. Bape kali nak cakap..tu bukan virus.. Iz pun da xlarat nak baca mesej2 (SPAM!) pasal virus FS ni.. bengang (la skit) sebab mesej2 yang sama berpuluh2 masuk dlm inbox..


.

Salam,kepada semua kawan2 sekalian:Sekarang ni virus (malware) telah menjangkiti
rangkaian Friendster.Virus ini akan menghantar gambar-gambar lucah melalui
"comment" sekiranya kita "klik" pada imej itu ianya akan membuatkan kita "sign
out" Lepas kita "sign in" balik, virus ini akan mula beroperasi dan ia akan
menghantar gambar2 lucah tu kepada kawan2 kita melalui komen.Pada kawan2
sekalian, sekiranya anda menerima gambar lucah di "comment" daripada friendster
saya atau sesiapa dari rakan anda, ianya adalah kerja virus tersebut.Harap
Maklum.Sila beritahu rakan yang lain

.

camtu je? senang sangatla 'virus' ni nak menular kan? tak adalah sesenang tu.. act. antara sebab2 pengguna friendster ni terkena virus ni :

ada log in kat laman web yg salah @ laman FS yang palsu a.k.a phishing. kemungkinan sebab:
1.dpt komen/testi lucah atau testi kartun comel dsb. and then main klik je; pastu ada laman FS (yg palsu
sebenarnya) yang suro anda log in..maka adalah manusia yang kurang peka pd url
fs tu n log in kat ctu..
2. Biasalah.. ramai pengguna FS ni kadang2 excited edit2 layout FS, nak jadikan profile unik la..last2 bg password secara tak sedar...

kalau stakat klik je xpe.. jangan LOG IN atau INSTALL ~ so tak bahaya kalau sekadar klik. (Iz dah 3 kali klik)

tapi kalau dah terkena.. tukar password segera~

Sahabat2 Iz pun dah ramai kena 'virus' ni.. kesian diorang.. disalah anggap.. Yang kene maki ada.. macam2.. walhal bukan diorang yang hantar testi2 lucah tu.. tapi akaun friendster dah kena hack..

Pengajarannya jgn la sembrono log in kat website2 palsu ni.. Jgn excited sgt adjust2 layout fs tu..
N hati2 bila friendster(yg sebenarnya friendsjter)/youtube(yu0tube) suruh download adobe flash player coz friendster or youtube tak pernah suruh download flash player tu.. ( Nak betul2 kena virus download la~ xda sapa halang )=D

Last but not least: Jangan cepat melatah dan maki hamun insan2 malang yang telah di'hack' ni.. Husnuzhon2..

Tambahan: Kalau nak lg secure, elakkan guna IE (Internet Explorer)~
Wassalam..

P/S: Actually ada lagi virus berkaitan FS ni.. Blogger lain dialu-alukan berkongsi maklumat.
Allahu'aLam

Jumaat, 19 Disember 2008

Laman Web Islam?

Surf Internet Surf jgk! tapi pastikan kesahihan maklumat dalam laman web tu dulu~

pengguna2 internet ni kadang2 terlalu ghairah mencari maklumat dan ilmu agama dalam internet ni.. tapi kena ingat, siapapun boleh membina laman web sendiri zaman kini.

Alhamdulillah banyak laman2 berunsur Islam seperti iluvislam.com, halaqah.net, ikhwan.com dsb.. tapi awas dengan kandungan daripada laman2 ini:


1. http://www.answering-islam.org/

2. http://www.aboutislam.com/

3. http://www.thequran.com/

4. http://www.thespiritofislam.com/


5. http://www.allahassurance.com/



Kenapa? sebab isi2nya bercanggah dengan ajaran ISLAM yg haq. nampak macam islamik tapi sebaliknya




Ni antara yang Iz tau,.. rasanya ada lagi.. Blogger lain pun kalau tahu amat dialu-alukan utk berkongsi.. Sama2 kita hindari perkara2 yang boleh rosakkan akidah :)

Khamis, 18 Disember 2008

Have A Nice Day



Lama Iz xposting kan.. actually baru balik dari kem (baru ke? 3 hari lepAs..)
Have A Nice Day With NIce~ mcm tula lebih kurang nama kem gathering yang dianjurkan oleh kumpulan nasyid Nice yang masih agak baru dalam industri nasyid ini..
Apa yang menariknya, kem ni bukan gathering nasyid biasa dan bukan ‘for fun’ semata-mata.
Rasanya Iz xnak terangkan panjang lebar perjalanan program ni.. lagipun dah banyak tulis kat forum..





sebahagian peserta




review sikit2 ja.. antara aktiviti2 yg berjaya dijalankan tanpa halangan (alhamdulillah)..
selepas pendaftaran, seperti biasa.. sesi taaruf dan ice-breaking.. then selepas dipecahkan kepada 3 kumpulan.. perbicangan dalam kumpulan.. setiap kumpulan dikehendaki mempersembahkan ‘showcase’ pada malam harinya..
Selepas menunaikan solat maghrib.. ada pengisian rohani drpd ustaz husaini.. yg bertajuk Bicara Hatiku.. mengajak para peserta mengenang kembali dan muhasabah diri..







Slot Bicara Hatiku..








tak kurang juga ramai yg menitiskan air mata keinsafan..
moga kalian istiqamah..



merasai degupan jantung..sementara masih diberi kesempatan oleh-NyA..






Selepas SHOWcase, ade sdkit BBQ.. Aktiviti Night Walking.. (agak menguji kekuatan jiwa.. ramai hantu2 yang bertugas so mcm2 la reaksi yg ada. Ada yang berlari tak cukup tanah..dsb.. Kat sini je kita boleh lihat.. Kebergantungan dan rasa WUJUDnya Allah dalam diri)

Keesokan harinya pula selepas solat Subuh, kuliah subuh daripada Ustaz Dzikri.. Istimewa Tiada Dua..
diteruskan dengan sarapan dan explorace.. ( penat! )..

terduduk kepenatan.. (exlorace)

dan yang terakhir.. majlis penutupan.. sob3.. ni lah detik yang paling sedih..hehe..

terlalu cepat rasanya masa yang berputar... seperti kata Angah@MC Gath.. Setiap pertemuan ada perpisahan. Alhamdulillah kami mendapat feedback yang baik drpd para peserta~ Walaupun tak puas kami tetap puas hati =D
Semoga Ukhuwah Yang Terjalin terus erat dan kekal di akhirat kelak.. Ameen..

Isnin, 8 Disember 2008

Salam Aidiladha!

dun have much to say,
just wanna wish..
Selamat Menyambut Aidiladha~
Moga kita sama2 memperoleh hidayah-Nya dan memperbaiki kualiti iman masing2..
~kerana IMANmu begitu berharga.. (lor..real!) ~

p/s: bagaimanalah keadaan saudara kita di Palestin sana menyambut aidiladha? bersyukurlah kerana kita masih diberi peluang menyambut Aidiladha ini dlm suasana aman~ Doakan mereka semua~umat Islam