QURAN DAN KITA
“Quran? Aku bukannya pandai sangat baca al-quran, buat malu saja kalau baca depan orang nanti.”
Sedar atau tidak, inilah pemikiran yang sering tertanam dalam jiwa sesetengah manusia
yang mengakui dirinya seorang ‘muslim’. Bersoraklah sang syaitan penuh kegembiraan apabila seorang Muslim ‘melarikan diri’ daripada kalam Tuhannya sendiri, Quranul Kareem. Mengapa perlu takut sedangkan Al-Quran itu sendiri adalah suatu rahmat Allah yang agung bagi hamba-hamba-Nya?
Sekilas tentang kelebihan Al-Quran dan Pengamalnya
1. Rasullah s.a.w. bersabda, (maksudnya):
" Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang jika kamu berpegang padanya tidaklah kamu akan sesat selamanya iaitu kitab Allah (Al-Quran) dan sunnah rasulnya."
(Hadith Hasan, riwayat Malik dalam Muwatha no.898 dan Hakim dalam Mustadrak no.63).
2. Daripada Abi Musa al-Asy’ari, beliau berkata, Nabi s.a.w. bersabda (yang bermaksud):
“Perumpamaan bagi orang Mukmin yang membaca Al-Quran adalah seperti *al-utrujjah, rasanya enak baunya harum. Manakala perumpamaan orang Mukmin yang tidak membca al-Quran adalah seperti buah kurma, meskipun rasanya sedap tetapi tiada baunya,”
*Al-utrujjah : sejenis buah limau yang mempunyai bau yang wangi dan sedap di samping rasanya yang enak.
Terlalu banyak hadith yang menceritakan kelebihan dan mukjizat Al-Quran. Bahkan, Allah s.w.t. memberikan ganjaran bagi setiap huruf Al-Quran yang dibaca. Wajarkah lagi jika kita masih kedekut menggunakan kurniaan Allah untuk membacanya?
Saudaraku,
andai terasa masih jahil membaca Al-Quran, usahakanlah untuk menguasainya dengan belajar - InsyaAlllah, berlipat ganda pahalanya.
Andai telah tahu membacanya namun tatkala sesekali membacanya lidah masih terasa gagap, usahakanlah melaziminya, memahaminya dan mengamalkannya.
Jadikan Al-Quran dekat di mata, lekat di hati.
Sabtu, 16 Januari 2010
AL-QURAN DAN KITA
written by Iz at 7:44 PTG 0 baek hati sudi komen..
Langgan:
Catatan (Atom)