CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
Memaparkan catatan dengan label islam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label islam. Papar semua catatan

Jumaat, 19 Disember 2008

Laman Web Islam?

Surf Internet Surf jgk! tapi pastikan kesahihan maklumat dalam laman web tu dulu~

pengguna2 internet ni kadang2 terlalu ghairah mencari maklumat dan ilmu agama dalam internet ni.. tapi kena ingat, siapapun boleh membina laman web sendiri zaman kini.

Alhamdulillah banyak laman2 berunsur Islam seperti iluvislam.com, halaqah.net, ikhwan.com dsb.. tapi awas dengan kandungan daripada laman2 ini:


1. http://www.answering-islam.org/

2. http://www.aboutislam.com/

3. http://www.thequran.com/

4. http://www.thespiritofislam.com/


5. http://www.allahassurance.com/



Kenapa? sebab isi2nya bercanggah dengan ajaran ISLAM yg haq. nampak macam islamik tapi sebaliknya




Ni antara yang Iz tau,.. rasanya ada lagi.. Blogger lain pun kalau tahu amat dialu-alukan utk berkongsi.. Sama2 kita hindari perkara2 yang boleh rosakkan akidah :)

Jumaat, 7 November 2008

Fasiq kah Kita?

Tanda Tanda Orang Fasiq

• Sering melakukan maksiat kpd Allah SWT
• Ibadah fardhunya tidak sempurba
• Mengingkari perintah Allah
• Jahil @ kurang mendalami ilmu agama
• Ragu ragu dan kurang yakin terhadap janji-janji-Nya
• Bertindak mengikut HAWA NAFSU
• Mementingkan kehidupan dunia dan sering lupa pada Ukhrawi


Fasiqkah kita?
Tepuk Dada Tanya Iman.


More RELIGIOUS & ADVICE graphics

Sabtu, 4 Oktober 2008

Salam Aidilfitri

Hari ni, 5 Oktober 2008@ 5 Syawal ..
rasanya belum terlambat untuk Iz ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri..
di kesempatan ni Iz nak ambil peluang utk memohon maaf atas segala salah dan silap Iz selama ni kepada semua.. atas kekurangan blog ni yang entah apa-apa... dan sebagainya..
Nampaknya cuti pun tinggal sehari je lagi..
Final Exam pun dah dekat..nampaknya susahlah Iz nak online selalu lepas ni..
InsyaAllah lepas ni Iz akan jarang online.. nak concentrate pada exam ni dulu..
blog2 juga.. tapi study paling penting, right?
menulis blog hanyalah hobi sampingan tatkala masa senggang.. :)

Akhir kata..

Imam Ahmad berkata: “Ilmu itu tidak ada bandingannya apabila niatnya benar.” Murid-muridnya bertanya: “Bagaimanakah yang demikian itu?” Beliau menjawab: “Ia berniat menghilangkan kebodohan dari dirinya dan dari orang lain."

Rabu, 17 September 2008

Dia hadir dalam hidupku,,,

Dulu aku pernah mengecapi kebahagiaan,
bersama-samanya aku leka,
menghabiskan masa yang sepatutnya terisi dengan kegiatan yang lebih berfaedah.
Walaupun di batasi benua, kami masih dapat mengekalkannya.
Sehinggalah, pada suatu hari, di saat hati kami tidak lagi bersatu, bersangka baik dan tolenrasi tidak lagi menjadi pegangan. hati sakit. jiwa pedih.
Dan pada saat kekecewaan itu,
Kau hadir dalam hidup ku.
mengetuk pintu hatiku.
membawa seribu pengertian.
tidak tergambar riangnya hati ini.
Baru ku sedar, sudah lama Kau menabur benih kasih sayang terhadap ku.
Cuma aku yang dalam ketidak sedaran.
Sepanjang perhubungan ini,
belum pernah Kau sakitkan hati aku,
belum pernah Kau kecewakan aku.
Berita-berita gembira yang Kau bawakan sentiasa menceriakan hidupku.
Surat-surat cinta Kau layangkan menjadi peneman aku sehari-hari.
Tidak pula ku jemu membacanya malah aku sentiasa dalam kerinduan untuk bertemuMu.
Dan tidak pula Kau jemu menjagaku,
di kala aku kesedihan, Kau kujadikan tempat meluahkan segala pengaduanku.
Di kala aku gembira, ku tahu Kau bersama aku pada ketika itu.
Kita berkongsi kegembiraan bersama.
Kau hadiahkan aku teman-teman sejati,
teman-teman yang ikhlas dalam perjuangan mereka.
Aku hargai pemberian itu, agar aku turut sama berada di landasan mereka.
Walaupun masih lagi batasi, namun Kau rapatkan jurang itu, sehingga terasa Kau disampingku. NamaMu menjadi siulanku seharian. Ku tahu Kau sering menguji kasih sayangku, Kau uji kesetiaan ku.
Sehinggakan dalam tak sedar aku pula menyakiti hati Kau.

Maafkan aku wahai kekasih hati.

Tidak mampu ku tandingi kehebatan cinta Kau. Sungguh. Inilah manis kebahagian yang aku nantikan.

Aku pasti Kau tidak akan pernah meninggalkan aku.

Hanya Kau dan aku.

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Kekasihku Allah...

Hanya untuk renungan bersama..
tidak ada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia.. :P

(copied from
http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=593 )