CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sabtu, 20 Disember 2008

Virus FS?

haish.. Akhir2 ni tak habis2 orang cter pasal 'virus friendster'.. Bape kali nak cakap..tu bukan virus.. Iz pun da xlarat nak baca mesej2 (SPAM!) pasal virus FS ni.. bengang (la skit) sebab mesej2 yang sama berpuluh2 masuk dlm inbox..


.

Salam,kepada semua kawan2 sekalian:Sekarang ni virus (malware) telah menjangkiti
rangkaian Friendster.Virus ini akan menghantar gambar-gambar lucah melalui
"comment" sekiranya kita "klik" pada imej itu ianya akan membuatkan kita "sign
out" Lepas kita "sign in" balik, virus ini akan mula beroperasi dan ia akan
menghantar gambar2 lucah tu kepada kawan2 kita melalui komen.Pada kawan2
sekalian, sekiranya anda menerima gambar lucah di "comment" daripada friendster
saya atau sesiapa dari rakan anda, ianya adalah kerja virus tersebut.Harap
Maklum.Sila beritahu rakan yang lain

.

camtu je? senang sangatla 'virus' ni nak menular kan? tak adalah sesenang tu.. act. antara sebab2 pengguna friendster ni terkena virus ni :

ada log in kat laman web yg salah @ laman FS yang palsu a.k.a phishing. kemungkinan sebab:
1.dpt komen/testi lucah atau testi kartun comel dsb. and then main klik je; pastu ada laman FS (yg palsu
sebenarnya) yang suro anda log in..maka adalah manusia yang kurang peka pd url
fs tu n log in kat ctu..
2. Biasalah.. ramai pengguna FS ni kadang2 excited edit2 layout FS, nak jadikan profile unik la..last2 bg password secara tak sedar...

kalau stakat klik je xpe.. jangan LOG IN atau INSTALL ~ so tak bahaya kalau sekadar klik. (Iz dah 3 kali klik)

tapi kalau dah terkena.. tukar password segera~

Sahabat2 Iz pun dah ramai kena 'virus' ni.. kesian diorang.. disalah anggap.. Yang kene maki ada.. macam2.. walhal bukan diorang yang hantar testi2 lucah tu.. tapi akaun friendster dah kena hack..

Pengajarannya jgn la sembrono log in kat website2 palsu ni.. Jgn excited sgt adjust2 layout fs tu..
N hati2 bila friendster(yg sebenarnya friendsjter)/youtube(yu0tube) suruh download adobe flash player coz friendster or youtube tak pernah suruh download flash player tu.. ( Nak betul2 kena virus download la~ xda sapa halang )=D

Last but not least: Jangan cepat melatah dan maki hamun insan2 malang yang telah di'hack' ni.. Husnuzhon2..

Tambahan: Kalau nak lg secure, elakkan guna IE (Internet Explorer)~
Wassalam..

P/S: Actually ada lagi virus berkaitan FS ni.. Blogger lain dialu-alukan berkongsi maklumat.
Allahu'aLam

Jumaat, 19 Disember 2008

Laman Web Islam?

Surf Internet Surf jgk! tapi pastikan kesahihan maklumat dalam laman web tu dulu~

pengguna2 internet ni kadang2 terlalu ghairah mencari maklumat dan ilmu agama dalam internet ni.. tapi kena ingat, siapapun boleh membina laman web sendiri zaman kini.

Alhamdulillah banyak laman2 berunsur Islam seperti iluvislam.com, halaqah.net, ikhwan.com dsb.. tapi awas dengan kandungan daripada laman2 ini:


1. http://www.answering-islam.org/

2. http://www.aboutislam.com/

3. http://www.thequran.com/

4. http://www.thespiritofislam.com/


5. http://www.allahassurance.com/



Kenapa? sebab isi2nya bercanggah dengan ajaran ISLAM yg haq. nampak macam islamik tapi sebaliknya




Ni antara yang Iz tau,.. rasanya ada lagi.. Blogger lain pun kalau tahu amat dialu-alukan utk berkongsi.. Sama2 kita hindari perkara2 yang boleh rosakkan akidah :)

Khamis, 18 Disember 2008

Have A Nice Day



Lama Iz xposting kan.. actually baru balik dari kem (baru ke? 3 hari lepAs..)
Have A Nice Day With NIce~ mcm tula lebih kurang nama kem gathering yang dianjurkan oleh kumpulan nasyid Nice yang masih agak baru dalam industri nasyid ini..
Apa yang menariknya, kem ni bukan gathering nasyid biasa dan bukan ‘for fun’ semata-mata.
Rasanya Iz xnak terangkan panjang lebar perjalanan program ni.. lagipun dah banyak tulis kat forum..





sebahagian peserta




review sikit2 ja.. antara aktiviti2 yg berjaya dijalankan tanpa halangan (alhamdulillah)..
selepas pendaftaran, seperti biasa.. sesi taaruf dan ice-breaking.. then selepas dipecahkan kepada 3 kumpulan.. perbicangan dalam kumpulan.. setiap kumpulan dikehendaki mempersembahkan ‘showcase’ pada malam harinya..
Selepas menunaikan solat maghrib.. ada pengisian rohani drpd ustaz husaini.. yg bertajuk Bicara Hatiku.. mengajak para peserta mengenang kembali dan muhasabah diri..







Slot Bicara Hatiku..








tak kurang juga ramai yg menitiskan air mata keinsafan..
moga kalian istiqamah..



merasai degupan jantung..sementara masih diberi kesempatan oleh-NyA..






Selepas SHOWcase, ade sdkit BBQ.. Aktiviti Night Walking.. (agak menguji kekuatan jiwa.. ramai hantu2 yang bertugas so mcm2 la reaksi yg ada. Ada yang berlari tak cukup tanah..dsb.. Kat sini je kita boleh lihat.. Kebergantungan dan rasa WUJUDnya Allah dalam diri)

Keesokan harinya pula selepas solat Subuh, kuliah subuh daripada Ustaz Dzikri.. Istimewa Tiada Dua..
diteruskan dengan sarapan dan explorace.. ( penat! )..

terduduk kepenatan.. (exlorace)

dan yang terakhir.. majlis penutupan.. sob3.. ni lah detik yang paling sedih..hehe..

terlalu cepat rasanya masa yang berputar... seperti kata Angah@MC Gath.. Setiap pertemuan ada perpisahan. Alhamdulillah kami mendapat feedback yang baik drpd para peserta~ Walaupun tak puas kami tetap puas hati =D
Semoga Ukhuwah Yang Terjalin terus erat dan kekal di akhirat kelak.. Ameen..

Isnin, 8 Disember 2008

Salam Aidiladha!

dun have much to say,
just wanna wish..
Selamat Menyambut Aidiladha~
Moga kita sama2 memperoleh hidayah-Nya dan memperbaiki kualiti iman masing2..
~kerana IMANmu begitu berharga.. (lor..real!) ~

p/s: bagaimanalah keadaan saudara kita di Palestin sana menyambut aidiladha? bersyukurlah kerana kita masih diberi peluang menyambut Aidiladha ini dlm suasana aman~ Doakan mereka semua~umat Islam

Ahad, 23 November 2008

Sakit Hati?

Sakit hati?
Rasanya setiap manusia tidak terlepas daripada mengalaminya..

"Kamu sungguh-sungguh akan diuji terhadap hartamu dan dirimu. Dan (juga) kamu sungguh-sungguh akan mendengar dari orang-orang yang diberi kitab sebelum kamu dan dari orang-orang yang mempersekutukan Allah, gangguan yang banyak yang menyakitkan hati. Jika kamu bersabar dan bertakwa, maka sesungguhnya yang demikian itu termasuk urusan yang patut diutamakan."(Surah Ali Imran: 186)

Biarlah kita disakiti.
Itu tandanya Allah sayangkan kita.
Jangan sampai kita pula yang menyakiti.

Bersabarlah seikhlas hati. Ucapkan alhamdulillah. Ingat Allah dan matlamat hidup kita~ kembali kepadaNya dalam penuh keredhaanNya.

Redhalah dengan apa yang kita ada di samping berusaha dengan penuh kebijaksanaan untuk sesuaikan diri atau menyesuaikannya. Jaga tutur kata dan tingkah laku. Bimbang andai tersilap langkah, buruk padahnya.

Jangan simpan. Maafkanlah. Jangan biarkan hati menjadi busuk dengan dendam2 yang tidak berkesudahan dan merosakkan diri.

“Ketahuilah bahwa di dalam tubuh ini terdapat segumpal darah. Apabila segumpal darah itu baik, maka baik pula seluruh anggota tubuhnya. Dan apabila segumpal darah itu buruk, maka buruk pula seluruh anggota tubuhnya. Segumpal darah yang aku maksudkan adalah hati.” (Hadis Riwayat Al-Bukhari)

TIPS kurangkan sakit hati:

 Lupakan.. jangan kenang2 kan lagi.. utk apa?
 Sabar~benteng iman paling utama
 Doa
 Husnu zhon (sangka baik..)
 Bertenang. Takut terpengaruh bisikan syaitan.
 Rekreasi
 Dengar Lagu.. yang boleh menenangkan atau menngembirakan..
 Quran ~ penyembuh segala penyakit.. tak kisahlah baca atau dengar.
 Luahkan~ tidak semestinya dgn seseorang.. tulis di atas sehelai kertas (atau apa sahaja) Luahkan ketidakpuasan hati anda.. kemudian bakar/koyak kertas tu sehingga hancur dan tidak dapat dibaca orang.. :P .. masih rasa sakit hati??
 atau Luahkan pada orang yang boleh dan benar benar dipercayai sekadarnya. Awas. jangan sampai mengumpat atau menfitnah!
 Socialize (tanpa melanggar batas syariat)
 Sibukkan diri dengan aktiviti-aktiviti lain
 Senyum! Memang sukar adakalanya tapi tidak mustahil bukan?


“ hati tidak boleh disakitkan, melainkan hati yang berpenyakit”

benarkah? bermuhasabahlah dgn diri sendiri..

Rasanya cukuplah setakat ini..
Sebarang tambahan, atau komen, sila pos di ruangan komen...
Allahu'alam..

Selasa, 11 November 2008

SPM 08

To all SPM candidates..
selamat berjaya..
SPM ni penting taw..

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Do the best~
( I may not be the best. But Whatever I do, I do my very best) << jadikan prinsip ye.. :P
bitaufiq man najah..
All the best.....
Semoga berjaya.. (dunia dan akhirat, InsyaAllah)
Man jadda wajada..igt..
he.. tu je kut..
dah takde idea dah nk merepek panjang2..

Ahad, 9 November 2008

Majlis Akhir Tahun Badan Pengawas SMK Abdul Jalil
Jumaat, 8 November 2008
Nur Lembah Pangsun




11.00 am: bertolak ke Nur Lembah Pangsun dgn bas..mcm kanak2 ribena nak pegi lawatan.. mcm2 ragam pengawas ni yeh.. tak sangka..

11.30 am: Eh, baru nk dgr lagu.. dah sampai? Yeh..dipendekkan cerita sume turun dgn penuh karisma (haha) dgn niat utk lepak2 menikmati kesegaran udara yg nyaman :P sambil melaksanakan tugas part time masing2~sesi bergambar..




$~~~~~~~gelagat pengawas junior~~~~$

12.00 pm: Acara da nak mula.. so semua masuk dewan.. mcm biasa majlis dimulakan dgn bacaan doa, ucapan alu aluan dan tak ketinggalan juga ucapan drpd ketua pengawas, Amirul Faiz..

:::::::::::::::: Ucapan ringkas ::::::: Amirul Faiz ::::::::::::
12.30 pm: masa utk isi perut!! Haha.,. mcm2 jenis juadah ada, mengalahkan bazaar ramadhan.. mengalahkan astro~mcm2 ada..nasi minyak, ayam masak merah dan yang seangkatan dengannya(ni yg best ni..) sate.. kek coklat (3 biji..~ semua disponsor) aiskrim (yang dah cair dek kerana cikgu lupa) tapi yang paling best dapat yogurt (botol besar la..masing2 taknak botol kecik..) tajaan nestle…hee
And then time makan tu Amirul Faiz beri kupon cabutan bertuah masing2.. (yesh!!)



Bukan tu je,, actually banyak jugakla dpt hadiah sponsor ni.. memang pandailah akak2 dan abg2 ni cari sponsor (tahniah2..) untuk door gift je dah dapat yaasin dan ma’thurat dan gula (murah tp berguna kan?) Syukur Alhamdulillah.. utk cabutan bertuah tadi.. memang banyak, cuba yang membezakannya hanyalah saiz~ (tu yang ada yang tak puas hati tu..) and last kali dapat headset (TM Net sponsor,,~lagi)

Waktu menghampiri waktu zohor so pelajar lelaki mula beransur ke masjid terdekat ~ Masjid Kampung Perdik, solat jumaat.. huhu.. yg lain apa lagi.. mula lah ambik peluang bemesra dgn alam sekitar.. haha hampir semuanya turun sungai dengan beruniform pengawas.. ish2,.. Mcm2 posing ada tapi tak sesuai la nk letak kat sini.. hmm memang sejuk air sungai tu walaupun matahari tegak atas kepala…

kembalinya muslimeen dari masjid, acara diteruskan dgn aktiviti teka teki.. sepatutnya lepas tu nk buat persembahan tapi oleh kerana masa tidak mengizinkan, terpaksa la dibatalkan..hm~ pelajar sesi petang pun nak sekolah kan.. lagipun jamuan tadi sebenarnya pukul satu dah patut habis.. (tp tulah, makanan sponsor banyak sangat…haha)
cikgu pun dah arahkan balik (Sedihnya.. L ) Tapi nak buat macam mana.. mmg kewajipan~ hm.. sampai di sekolah agak lewat.. pukul 2 lebih…



Overall majlis ni berjalan lancar walaupun tak semua aktiviti dapat dilaksanakan. Semoga badan pengawas 08/09 puas hati dan terus dedicated menjalankan tanggungjawab masing masing sebagai pemimpin pelajar~ cayalah..

Jumaat, 7 November 2008

Jom Download Novel



Novel Isabella (e-book) PDF-format


versi ni dlm bahasa Inggeris, ceritanya best..
memang tak jiwang.. (^^,) takkanlah nk baca novel jiwang je..
tukarla kpd novel ilimiah sikit.. Overall mmg byk membandingkan agama Kristian dan Islam..
Utk yg banyak masa bacalah.. mn tau boleh mantapkan akidah,.. Insya-Allah.










Novel Ayat-Ayat Cinta (e-book) PDF format
rasanya xperlulah crita panjang lebar pasal citer ni.. mmg dah femes pun..
sedikit ke'jiwang'an...... (hee) tapi ok jugak..

actually banyak lagi link download e-Novel lain..lain kali Iz cari dan postkan.. InsyaAllaah.. Ilalliqa~

Fasiq kah Kita?

Tanda Tanda Orang Fasiq

• Sering melakukan maksiat kpd Allah SWT
• Ibadah fardhunya tidak sempurba
• Mengingkari perintah Allah
• Jahil @ kurang mendalami ilmu agama
• Ragu ragu dan kurang yakin terhadap janji-janji-Nya
• Bertindak mengikut HAWA NAFSU
• Mementingkan kehidupan dunia dan sering lupa pada Ukhrawi


Fasiqkah kita?
Tepuk Dada Tanya Iman.


More RELIGIOUS & ADVICE graphics

Khamis, 6 November 2008

i'm back.. :P

Assalamualaikum~
whoa..
mmg genap sebulanlah Iz x update blog... mmg sibuk sikit dgn exam..
akhirnya.. hari ni merdeka buat sementara.. (yes!!hehe)
okeyh2 im back.
pada sapa2 yg komen blog ni xcntik, kandungan ntah pape, dsb..
syukran jaziilan sebab bg pandangan.. (",)
dlm proses meng'edit'lah ni..
dah tukAR layout ni.. ok x?

Sabtu, 4 Oktober 2008

Salam Aidilfitri

Hari ni, 5 Oktober 2008@ 5 Syawal ..
rasanya belum terlambat untuk Iz ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri..
di kesempatan ni Iz nak ambil peluang utk memohon maaf atas segala salah dan silap Iz selama ni kepada semua.. atas kekurangan blog ni yang entah apa-apa... dan sebagainya..
Nampaknya cuti pun tinggal sehari je lagi..
Final Exam pun dah dekat..nampaknya susahlah Iz nak online selalu lepas ni..
InsyaAllah lepas ni Iz akan jarang online.. nak concentrate pada exam ni dulu..
blog2 juga.. tapi study paling penting, right?
menulis blog hanyalah hobi sampingan tatkala masa senggang.. :)

Akhir kata..

Imam Ahmad berkata: “Ilmu itu tidak ada bandingannya apabila niatnya benar.” Murid-muridnya bertanya: “Bagaimanakah yang demikian itu?” Beliau menjawab: “Ia berniat menghilangkan kebodohan dari dirinya dan dari orang lain."

Sabtu, 20 September 2008

Bebelan di Ambang Raya..

10 malam terakhir..

Wah..
Sedar tak sedar..
Tinggal 10 hari je Ramadhan tahun ni..
Erk~iyeke ni?Iz pun da cuak..
Sini sana orang sibuk memperkatakan tentang raya.. (huh..)
Baju raya dah siap?
Kuih raya dah buat? (or men tunjuk je? )
Langsir dah tukar?
Lagu raya mulalah berkumandang (tak faham betul motif sesetengah lagu raya ~sesetengah je, bukan semua)
(dan 1002 macam lagi)
*rimas dan lemas*hee
Bukan tak boleh sambut raya...




In fact Islam tak larang sesiapa pun untuk bergaya dengan baju baru pada hari raya tapi bukanlah sampai mendorong kepada pembaziran........

Dalam Islam pun, sejarah hari raya bermula time Nabi Muhammad s.a.w. berhijrah ke Madinah dan mendapati masyarakat Arab pada masa itu menyambut dua hari raya. Apabila Baginda bertanya, mereka menjawab bahawa dua hari raya yang disambut itu adalah perayaan yang diwarisi secara turun-temurun daripada nenek moyang mereka. Lalu Rasulullah s.a.w. menyatakan kepada mereka bahawa Islam menggantikan dua hari raya yang kamu raikan itu dengan dua hari yang lebih bermakna iaitu Hari Raya Aidiladha dan Hari Raya Aidilfitri.

Konsep hari raya dalam Islam berlandaskan agama. Aidilfitri disambut sebagai satu kemenangan bagi orang yang dapat menyempurnakan ibadat puasa pada bulan Ramadan.


Hurm..
Patutnya waktu bulan Ramadhan ni la ambil peluang rebut sebanyak mungkin pahala yag termampu..
Tapi tak..
Layak ke kita (bukan kita, Iz sendiri pun sama) ni sambut raya sedangkan puasa pun…….. …..(renung2kanlah sendiri)

Akhir kalam..
Hidupkan ramadhan sebelum sambut Syawal!

(peringatan utk diri sendiri dan yang lain2..)

Rabu, 17 September 2008

Dia hadir dalam hidupku,,,

Dulu aku pernah mengecapi kebahagiaan,
bersama-samanya aku leka,
menghabiskan masa yang sepatutnya terisi dengan kegiatan yang lebih berfaedah.
Walaupun di batasi benua, kami masih dapat mengekalkannya.
Sehinggalah, pada suatu hari, di saat hati kami tidak lagi bersatu, bersangka baik dan tolenrasi tidak lagi menjadi pegangan. hati sakit. jiwa pedih.
Dan pada saat kekecewaan itu,
Kau hadir dalam hidup ku.
mengetuk pintu hatiku.
membawa seribu pengertian.
tidak tergambar riangnya hati ini.
Baru ku sedar, sudah lama Kau menabur benih kasih sayang terhadap ku.
Cuma aku yang dalam ketidak sedaran.
Sepanjang perhubungan ini,
belum pernah Kau sakitkan hati aku,
belum pernah Kau kecewakan aku.
Berita-berita gembira yang Kau bawakan sentiasa menceriakan hidupku.
Surat-surat cinta Kau layangkan menjadi peneman aku sehari-hari.
Tidak pula ku jemu membacanya malah aku sentiasa dalam kerinduan untuk bertemuMu.
Dan tidak pula Kau jemu menjagaku,
di kala aku kesedihan, Kau kujadikan tempat meluahkan segala pengaduanku.
Di kala aku gembira, ku tahu Kau bersama aku pada ketika itu.
Kita berkongsi kegembiraan bersama.
Kau hadiahkan aku teman-teman sejati,
teman-teman yang ikhlas dalam perjuangan mereka.
Aku hargai pemberian itu, agar aku turut sama berada di landasan mereka.
Walaupun masih lagi batasi, namun Kau rapatkan jurang itu, sehingga terasa Kau disampingku. NamaMu menjadi siulanku seharian. Ku tahu Kau sering menguji kasih sayangku, Kau uji kesetiaan ku.
Sehinggakan dalam tak sedar aku pula menyakiti hati Kau.

Maafkan aku wahai kekasih hati.

Tidak mampu ku tandingi kehebatan cinta Kau. Sungguh. Inilah manis kebahagian yang aku nantikan.

Aku pasti Kau tidak akan pernah meninggalkan aku.

Hanya Kau dan aku.

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Kekasihku Allah...

Hanya untuk renungan bersama..
tidak ada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia.. :P

(copied from
http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=593 )

Mukadimah.. (",)

Assalamualaikum w.b.t.

Ahlan Wasahlan Wa Marhaban Bikum..

Jemput masuk, buat macam rumah orang..

bLOG Ni masih belum siap lagi, harap maklum.. (",)

Diserang "kebizian" sejak akhir - akhir ni

Ditambah dengan ke"tidakadaan" idea..

Tak pasti lagi apa motif sebenar blog ni.. (sengal betul, =P)

Maka jadilah blog ini seperti rumah yang separuh siap.. =(


I'll try my best to update this blog as soon as I can, keyh..


Syukran Jazeelan kepada yang sudi menjenguk blog yang sengal ini..

Komen dan Cadangan anda amatlah dialu-alukan.. (aha..skemanya..)