10 malam terakhir..
Wah..
Sedar tak sedar..
Tinggal 10 hari je Ramadhan tahun ni..
Erk~iyeke ni?Iz pun da cuak..
Sini sana orang sibuk memperkatakan tentang raya.. (huh..)
Baju raya dah siap?
Kuih raya dah buat? (or men tunjuk je? )
Langsir dah tukar?
Lagu raya mulalah berkumandang (tak faham betul motif sesetengah lagu raya ~sesetengah je, bukan semua)
(dan 1002 macam lagi)
*rimas dan lemas*hee
Bukan tak boleh sambut raya...
In fact Islam tak larang sesiapa pun untuk bergaya dengan baju baru pada hari raya tapi bukanlah sampai mendorong kepada pembaziran........
Dalam Islam pun, sejarah hari raya bermula time Nabi Muhammad s.a.w. berhijrah ke Madinah dan mendapati masyarakat Arab pada masa itu menyambut dua hari raya. Apabila Baginda bertanya, mereka menjawab bahawa dua hari raya yang disambut itu adalah perayaan yang diwarisi secara turun-temurun daripada nenek moyang mereka. Lalu Rasulullah s.a.w. menyatakan kepada mereka bahawa Islam menggantikan dua hari raya yang kamu raikan itu dengan dua hari yang lebih bermakna iaitu Hari Raya Aidiladha dan Hari Raya Aidilfitri.
Konsep hari raya dalam Islam berlandaskan agama. Aidilfitri disambut sebagai satu kemenangan bagi orang yang dapat menyempurnakan ibadat puasa pada bulan Ramadan.
Hurm..
Patutnya waktu bulan Ramadhan ni la ambil peluang rebut sebanyak mungkin pahala yag termampu..
Tapi tak..
Layak ke kita (bukan kita, Iz sendiri pun sama) ni sambut raya sedangkan puasa pun…….. …..(renung2kanlah sendiri)
Akhir kalam..
Hidupkan ramadhan sebelum sambut Syawal!
(peringatan utk diri sendiri dan yang lain2..)
2 baek hati sudi komen..:
whoa..
sihat??
lama xdgr cite..
fatimah! sihat alhamdulillah...
Catat Ulasan