CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sabtu, 20 September 2008

Bebelan di Ambang Raya..

10 malam terakhir..

Wah..
Sedar tak sedar..
Tinggal 10 hari je Ramadhan tahun ni..
Erk~iyeke ni?Iz pun da cuak..
Sini sana orang sibuk memperkatakan tentang raya.. (huh..)
Baju raya dah siap?
Kuih raya dah buat? (or men tunjuk je? )
Langsir dah tukar?
Lagu raya mulalah berkumandang (tak faham betul motif sesetengah lagu raya ~sesetengah je, bukan semua)
(dan 1002 macam lagi)
*rimas dan lemas*hee
Bukan tak boleh sambut raya...




In fact Islam tak larang sesiapa pun untuk bergaya dengan baju baru pada hari raya tapi bukanlah sampai mendorong kepada pembaziran........

Dalam Islam pun, sejarah hari raya bermula time Nabi Muhammad s.a.w. berhijrah ke Madinah dan mendapati masyarakat Arab pada masa itu menyambut dua hari raya. Apabila Baginda bertanya, mereka menjawab bahawa dua hari raya yang disambut itu adalah perayaan yang diwarisi secara turun-temurun daripada nenek moyang mereka. Lalu Rasulullah s.a.w. menyatakan kepada mereka bahawa Islam menggantikan dua hari raya yang kamu raikan itu dengan dua hari yang lebih bermakna iaitu Hari Raya Aidiladha dan Hari Raya Aidilfitri.

Konsep hari raya dalam Islam berlandaskan agama. Aidilfitri disambut sebagai satu kemenangan bagi orang yang dapat menyempurnakan ibadat puasa pada bulan Ramadan.


Hurm..
Patutnya waktu bulan Ramadhan ni la ambil peluang rebut sebanyak mungkin pahala yag termampu..
Tapi tak..
Layak ke kita (bukan kita, Iz sendiri pun sama) ni sambut raya sedangkan puasa pun…….. …..(renung2kanlah sendiri)

Akhir kalam..
Hidupkan ramadhan sebelum sambut Syawal!

(peringatan utk diri sendiri dan yang lain2..)

Rabu, 17 September 2008

Dia hadir dalam hidupku,,,

Dulu aku pernah mengecapi kebahagiaan,
bersama-samanya aku leka,
menghabiskan masa yang sepatutnya terisi dengan kegiatan yang lebih berfaedah.
Walaupun di batasi benua, kami masih dapat mengekalkannya.
Sehinggalah, pada suatu hari, di saat hati kami tidak lagi bersatu, bersangka baik dan tolenrasi tidak lagi menjadi pegangan. hati sakit. jiwa pedih.
Dan pada saat kekecewaan itu,
Kau hadir dalam hidup ku.
mengetuk pintu hatiku.
membawa seribu pengertian.
tidak tergambar riangnya hati ini.
Baru ku sedar, sudah lama Kau menabur benih kasih sayang terhadap ku.
Cuma aku yang dalam ketidak sedaran.
Sepanjang perhubungan ini,
belum pernah Kau sakitkan hati aku,
belum pernah Kau kecewakan aku.
Berita-berita gembira yang Kau bawakan sentiasa menceriakan hidupku.
Surat-surat cinta Kau layangkan menjadi peneman aku sehari-hari.
Tidak pula ku jemu membacanya malah aku sentiasa dalam kerinduan untuk bertemuMu.
Dan tidak pula Kau jemu menjagaku,
di kala aku kesedihan, Kau kujadikan tempat meluahkan segala pengaduanku.
Di kala aku gembira, ku tahu Kau bersama aku pada ketika itu.
Kita berkongsi kegembiraan bersama.
Kau hadiahkan aku teman-teman sejati,
teman-teman yang ikhlas dalam perjuangan mereka.
Aku hargai pemberian itu, agar aku turut sama berada di landasan mereka.
Walaupun masih lagi batasi, namun Kau rapatkan jurang itu, sehingga terasa Kau disampingku. NamaMu menjadi siulanku seharian. Ku tahu Kau sering menguji kasih sayangku, Kau uji kesetiaan ku.
Sehinggakan dalam tak sedar aku pula menyakiti hati Kau.

Maafkan aku wahai kekasih hati.

Tidak mampu ku tandingi kehebatan cinta Kau. Sungguh. Inilah manis kebahagian yang aku nantikan.

Aku pasti Kau tidak akan pernah meninggalkan aku.

Hanya Kau dan aku.

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Kekasihku Allah...

Hanya untuk renungan bersama..
tidak ada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia.. :P

(copied from
http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=593 )

Mukadimah.. (",)

Assalamualaikum w.b.t.

Ahlan Wasahlan Wa Marhaban Bikum..

Jemput masuk, buat macam rumah orang..

bLOG Ni masih belum siap lagi, harap maklum.. (",)

Diserang "kebizian" sejak akhir - akhir ni

Ditambah dengan ke"tidakadaan" idea..

Tak pasti lagi apa motif sebenar blog ni.. (sengal betul, =P)

Maka jadilah blog ini seperti rumah yang separuh siap.. =(


I'll try my best to update this blog as soon as I can, keyh..


Syukran Jazeelan kepada yang sudi menjenguk blog yang sengal ini..

Komen dan Cadangan anda amatlah dialu-alukan.. (aha..skemanya..)